Monday, March 14, 2011

Yaman : Pelajar Malaysia Diarah Pulang Ke Malaysia

Keadaan di Sana'a nampaknya semakin meruncing selepas kejadian yang terbaru di Dairy setelah 8 orang mati dan beratus-ratu cedera.

Kebanyakan jalan untuk Dairy juga telah ditutup akibat kawasan demontrasi yang semakin merebak dan terbaru adalah daripada Jamiah Jadidah sehingga Hasobah dan juga sehingga Jamiah Qadimah.

Penyokong kerajaan juga semakin merebak dari Medan Tahrir sehingga Jaulah Kentaki kini.

Rakyat-rakyat Malaysia di sekitar Dairy yang berjumlah lebih kurang 10 buah rumah telah dinasihatkan untuk berpindah disekitar Jamiah Al-Iman kerana ia adalah kawasan yang paling selamat buat masa ini.

PERMAYA juga telah menubuhkan skuad dan ahli jawatankuasa khusus yang bertujuan melaraskan database ahli, memantau keselamatan ahli dari masa ke masa dan sebagainya.

Selepas mana perjumpaan Exco-exco PERMAYA dengan pihak kedutaan hari ini, akhirnya telah dikeluarkan keputusan untuk membawa balik semua rakyat Malaysia di Yaman khususnya pelajar-pelajar Malaysia di Yaman dalam masa terdekat dan kemungkinan besar pada hari Rabu ini selepas mana telah diwar-warkan di Web permaya.org dan Facebook PERMAYA.

Kepada pelajar-pelajar Malaysia di Yaman, dinasihatkan supaya menyediakan keperluan seperti pakaian untuk dibawa pulang mulai dari sekarang dan berat timbangan maksimum hanya 7kg sahaja.

Sumber : www.syazwansafain.blogspot.com

Thursday, March 10, 2011

Keadaan Di Yaman

Catatan ini sengaja saya nukilkan untuk pengetahuan keluarga, saudara mara, sahabat-sahabat dan yang mengenali mengenai keadaan di Yaman yang kini berlegar di media massa bahawa Yaman kini dalam keadaan bergolak.

Semalam di dapati seorang mati dan 80 cedera akibat tembak menembak yang berlaku di Jamiah Jadidah, Dairy (tempat demonstrater berkumpul). Kejadian berlaku akibat seorang polis yang cuba menghalang seorang lelaki yang mahu memasuki kawasan berkumpul dan khemah dan akibat tidak berpuas hati, polis tersebut diserang dan polis-polis pun melepaskan tembakan.

Keadaan-keadaan di sekitar Sana'a pun sudah ramai askar mengawal. Kebiasaan di Sana'a ini, pada waktu pagi kurang demonstrater di kawasan-kawasan mereka berkumpul terutamanya di Jamiah Jadidah, Dairy.

Mereka memenuhi kawasan jamiah tersebut pada waktu tengahari sehingga ke subuh esoknya. Tapi pada waktu tengahari, ia berlaku suatu fenomena di Yaman iaitu masing-masing sekadar berkumpul dan berteduh di bawah khemah sambil ber'kozin' iaitu amalan memakan daun yang dinamakan daun tersebut 'qatt'.

Amalan yang tidak baik oleh orang arab Yaman dan menjijikan kerana mereka akan mengunyahnya sehingga hancur dan sehingga kembung pipi-pipi mereka.

Ini hanya sekadar tambahan mengenai keadaan demonstrasi di Yaman.

Jika dilihat, keadaan di Yaman semakin teruk kerana sudah mula ada aksi tembak menembak yang dahsyat dan sebagainya, bukan sahaja di sekitar Sana'a, juga di 'Amran, Edden, Taiz dll.

Baru-baru ini, Ustaz Iqbal Abu Yaziz, Presiden PERMAYA 2011/2012 bersama rombongannya telah menyusun pertemuan bersama tuan duta besar ke Yaman bersama-sama juga pihak kedutaan yang lain untuk bertanyakan dan membincangkan mengenai keadaan sebenar di Yaman sekarang.

Respon yang didapati dan diberitahu kepada saya selepas pertemuan tersebut, keadaan Yaman tidak akan menjadi seperti keadaan-keadaan di Tunisia, Mesir sebelum ini. Juga sekarang di Libya dan sekitar tanah arab yang lain kerana politik yang di mainkan oleh Presiden Ali Abdullah Soleh, Presiden Yaman.

Beliau telah menaikkan gaji-gaji kakitangan awam dan telah membuka peluang pekerjaan sebanyak-banyaknya. Beliau telah bertemu dengan ketua-ketua kabilah, ulama'-ulama' di Yaman dalam keadaan terbuka dan berlapang dada. Kemudian mengarahkan kepada pihak polis supaya jangan menganggu demontrasi yang dibuat. Beliau juga turut turun berjumpa rakyat, memberi wang, melambai-lambai tangan ke rakyat dan ini menyebabkan sokongan terhadap Presiden Yaman semakin meningkat kembali hasil tipu daya politik yang telah dibuat.

Akhirnya, menyebabkan idea Unity Government oleh Syeikh Dr. Majid Al-Zindani turut ditolak akibat merasakan beliau sudah memperolehi kekuatan dan sokongan rakyat.

Saya tidak pasti adakah benar keadaan yang disebutkan oleh pihak kedutaan Malaysia dan ini hanyalah bacaan politik mereka. Mereka turut menafikan berita-berita yang tersebar di Malaysia mengenai masalah di Yaman akan berlaku seperti di Tunisia dan Mesir sehingga menyebabkan rakyat Malaysia di Yaman terpaksa pulang ke tanah air.

Menurut ahli-ahli demonstrater yang telah diketuai Parti Islah serta pakatannya mereka akan berkumpul sehingga Ali Abdullah Soleh turun dari jawatannya. Persoalannya, sampai bila ingin berkumpul jika para demonstrater kalah apabila adanya daun 'qatt'? Sudah hampir sebulan mereka berkumpul, adakah akan tercapai kesudahan yang diimpikan sedangkan Mesir hanya mengambil masa 2 minggu sahaja?

Keadaan saya pula dan sahabat-sahabat terutama sekali yang berada di sekitar Syari' Thalathin, Mazbah dan yang berdekatan dengannya masih dalam keadaan selamat malah tidak perlu dirisaukan oleh ahli keluarga di Malaysia.

Malah pengajian di Universiti Sains & Teknologi khususnya masih berterusan dan tidak ada cuti seperti Jamiah Al-Iman (cuti tidak rasmi akibat semua pelajar dan pensyarah ke demonstarasi).

Saya terpaksa sebut kerana ada pelajar-pelajar Malaysia yang menakut-nakutkan ibu bapa mereka sendiri mengenai keadaan di Yaman. Malah ada yang sudah ingin pulang dalam masa terdekat ini ke Malaysia sedangkan pengajian masih ada dan tidak cuti. Rugilah kalau macam ini, bayar $800 tak pasal-pasal kena repeat balik tahun depan dan bayar pula $800. Tidak mengapalah kalau merasakan ibu bapa mereka itu cop duit.

Kebiasaan kami pun turut melalui kawasan demonstrasi kerana ia adalah kawasan lalui utama untuk bandar Sana'a dan mencari barang-barang keperluan. Kedai-kedai disekitarnya juga, tidak ditutup tapi sekiranya ada kekacauan, mereka akan tutup juga dan kami juga tidak akan lalu di kawasan tersebut. SB-SB pun ramai.

Kesimpulannya, keadaan masih tidak membimbangkan lagi. Bagi langkah-langkah berjaga, jangan keluar pada waktu malam dan pergi ke kawasan-kawasan berkumpul demonstrater dan boleh lihat taklimat keselematan Yaman di PERMAYA.org .

Hanya sekadar kongsian semasa. Jika ada penambahan isu dan sebagainya, silalah tinggalkan komen sahabat-sahabat terutamanya di Yaman.

Kredit kepada www.syazwansafain.blogspot.com